Update Weight In Week 1

Lepas bermulanya misi saat umur mencecah 34 dan anak2 lelaki masih menyusu cuma tak sepenuhnya.. dah boleh makan nasi pun... mummy buat keputusan nak mulakan semula misi diet dan misi ini adalah misi terakhir.... takde dah restart balik.. memandangkan kilang pun dah stop untuk tempoh panjang.. biar besar dulu 4 beradik ni....

Misi Jangka Pendek Mummy adalah nak hilangkan angka 8 dah tempoh yang mummy berikan untuk diri ini adalah 8 minggu. Setiap minggu bermula pada Isnin dan hari untuk penimbangan adalah pada pagi Ahad.... so hari ini 4 Feb 2018 adalah result untuk timbangan minggu Pertama... dan ini resultnya... Jeng...jeng... jeng....



Lost lebih kurang 1.7kg untuk minggu pertama... satu permulaan yang baik... dan berharap akan konsisten lepas ni... mummy target untuk hilangkan 1kg Seminggu... dan kali ini mummy akan lebih komited untuk jayakan misi ini... berat paling rendah pernah capai last year 82.9 hope boleh sampai ke situ dan konsisten turun lagi sampai capai target yang telah ditetapkan.

Pertarungan ini dengan diri sendiri sebenarnya... kuat atau tidak.... salah satu sebab update balik blog ni adalah untuk track progress menurunkan berat badan setiap minggu....😉 NEXT WEEK MISSION LOST ANOTHER 1KG.... 85.2kg here i come....

Comments

Popular posts from this blog

Mandi Manda di Bangi Wonderland....

Tempat Riadah di Presint 11